Assalamualaikum! (Pt.1)

image

Wow dah lebih setahun tak kemaskini. Pejam celik pejam celik dah lebih setahun. Rasa baru je lagi tahun 2013.

Dalam setahun yang lepas ni banyak peristiwa yang berlaku yang ada antaranya merubah segalanya. Ada antaranya yang gembira, suka, duka, sedih, ceria, pahit, manis, masin.

Posting kali ni aku akan bawa kembali kejadian kejadian yang telah berlaku ni.

image
Periksa switchgear untuk hantar testing

Kadang kadang rasa nak buat benda baru. Jadi aku bela la ikan pulak.

image

Kerja memang sentiasa la banyak aktivitinya. Kat kilangnya, meetingnya, kat site. Gambar bawah ni kat Tawau Diesel power plant.

image

Dah la sebok kerja sampai kurang waktu main dgn anak anak, ada masa terluang tu dapat la bawak jalan jalan.

image

image

Tahun baru hari tu berita sedih pulak. Opah sebalah mak meninggal. Bergegas kita orang balik kampung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan moga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh. Banyak kisah menarik aku bersama arwah sejak dari kecil. Dulu waktu musim cuti sekolah selalu ikut pergi kebun bersama arwah.

image

Bersambung…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*