Puasa dah nak habis- kerja tak habis habis (1)

Wow dah lama aku tak update blog aku ni. Bila makan gaji ni sebuk je la memanjang.
Hari ni aku di Tawau. Memalam mcm ni disebabkan xde aktiviti boleh la aku sharing sikit apa aktiviti yg dah berlaku.

image

Ni gambar balik beli hp baru. Handphone lama aku P1i tu dah uzur. Dah 5 tahun dah pakai. Memang sangat puas hati. Dia punya bateri tak pernah tukar lagi. Still tahan lama. Kalau handphone sebelum tu K700 aku pakai lama juga 4 tahun rasanya. Bateri setiap tahun 1.

image

Ni pula gambar buat wiring. Belasah je la. Dah lama aku tak buat kerja ni.

image

Terbang lagi aku. Tiap minggu aku ke Sabah bulan 7 dan 8 ni.

image

Ni la control relay panel. Nak buat proposal kena lawat site dulu. Lokasi dirahsiakan. Heheh

image

Nak ke site berjam juga la. Siap rasa nak muntah. Jalan dia boleh tahan buruknya. Heheh
Balik tu singgah Filipino market dulu cari sesuatu untuk dihadiahkan kat orang tersayang. (ambik hati le, asyik outstation jer).

image

Malam berbuka puasa la. Buat apa lagi. Kat sini 6.30 dah berbuka. Jangan jeles ye.

image

Selesai kat Kota Kinabalu pergi ke Lahad datu pula. Ni depan airport ni. Airport dia besar komuter kajang je. Haha

image

Menurut tuan DO. Nanti nak buat airport baru.

image

Ni pulak kat Tungku. Rupanya kat Sabah ni ada Felda juga. Kat sini ada Felda nama Felda Sahabat. Mak aii punya besar siap ada polis bantuan jaga pintu masuknya. Lagi besar dari Felda Jengka ni rasanya.

image

Apalagi balik la. Berakhirla outstation bulan Julai 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*