Ulasan saya: BERSIH

Peristiwa bersih dah berlalu, yang tinggal najis najis kotor oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Baling batu sembunyi tangan. Apa yang aku nampak mengenai Beraih 2 dan 3 ni ialah. Beraih 2.0 semua benda haram sampai baju kuning pun haram, orang yg buat laporan polis menentang nampak banyak, PERKASA duk bising nak buat juga perhimpunan nak lawan, buat mcm mcm provokasi utk halang. Berbeza dengan Bersih 3.0 ni, tak ada halangan sangat cuma minit minit akhir DBKL buat kacau. PERKASA senyap je, walaupun sebelum tu duk buat kecoh, NGO2 melayu takde buat laporan polis sangat pun. Jadi bila bersih berlaku dari pagi sampai pkl 3ptg masih aman dan lepas tu baru kecoh. Persoalannya?
1) adakah PERKASA punya geng yang suka buat kacau ni menyelinap masuk menyamar peserta bersih utk buat provokasi?

2) Siapakah orang2 yang memakai baju merah yang merempuh sekatan polis, kerana walaupun mereka pakai baju mcm unit amal PAS tetapi ada ikat kepala dengan kain merah.

3) Jika Bersih berlaku secara aman, dah tentu rakyat dah tak percaya kepada BN sebab sebelum berlaku bersih diaorang cakap bersih ni mengancam negara, kecoh, ganas, tak bertamadun, merugikan peniaga, takde sambutan dan lain lain.

4) Polis tak bagi masuk dataran tetapi orang yang tak ada kat dataran merdeka pun kena serang dan pukul oleh polis.

Kesimpulannya bagi pandangan peribadi aku, ada unsur provokasi yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu bagi menjadikan seperti yang mereka kata. Tu sebab petang time orang dah nak balik semua benda ni berlaku.

Selepas tu media c.etak dan elektronik mula memainkan peranan mereka bagi mengalihkan 8 tuntutan bersih bagi menambah baik sistem pilihanraya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*