Dulu dan sekarang – Kg Ganda.

Hari ni aku berpeluang duduk lama sikit di kg. jadi berpeluang lah pergi berjemaah di masjid disini. Bila duduk berehat rehat menunggu isyak tadi teringat lah zaman kecil dulu. Aku dilahirkan di Kg. Air Ganda Temengor pada tahun 1981… sekarang dah 30 tahun dah.

Tapi umur aku 5 tahun dah pindah ke Penang..ayah bekerja disana. Jadi agak kurang lah mengenali kawan kawan dikampung. Balik pula sekali sekala time cuti sekolah. Dan sekarang orang tuaku dah balik duduk disini tahun 2009.

Kalau dulu waktu aku kecil aku ada peluang ikut abang aku pergi masjid..waktu tu aku kecil lagi kot…mungkin 4 tahun mungkin 5 tahun..kita orang pergi berjalan kaki je… aku tgk dia dgn kwn kwn dia ada belajar mengaji lepas magrib. Budak budak pun memang ramai kat masjid…kira masjid ni port tempat main la… waktu tu masjid ni seingat aku kubah dia pun belum pasang… skg ni masjid dah besar dah…

Tapi apa yang aku nak tekankan ialah…. golongan yang ada di masjid hari ini adalah golongan remaja pada waktu aku kecil dulu. Dan pada hari ini aku dapat melihat sendiri pelapis pelapis akan datang dah tak ada dtg masjid untuk bersolat mahu pun datang bermain. Ibu bapa datang membawa diri mereka sahaja…dah tak bawak anak anak… mula mula aku terfikir mungkin kat kg ni dah tak ada budak sebab semua berhijrah keluar… tapi petang petang ada je aku nampak budak budak ronda ronda naik moto.

Entah la..akan datang agaknya mcm mana lah situasi di masjid? Bila kecil2 tak biasa dengan masjid..bila dah besar entah macam mana lah…takut memikirkannya… mintak jauhkan lah dari aku dan keluarga aku.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*