Pelbagaikan pelaburan anda.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis pelaburan untuk kita pilih bagi menggandakan keuntungan. Ada pelaburan ditempat yang haram dan ada di tempat yang halal, ada juga pelaburan berisiko tinggi dan ada yang berisiko rendah ataupun sederhana. Ada juga pelaburan jangka pendek dan jangka panjang, ada juga pelaburan untung dan ada yang rugi.

Ianya terpulang kepada diri kita TETAPI perlu diingat bukan senang untuk menjadi senang dan jangan hanya mengikut apa yang orang lain buat. Kaji dan bertanya pada orang yang betul.

Ini sekadar perkongsian, ramai orang apabila dapat gaji akan belanja dahulu dan bakinya baru disimpan, dan formula ini peratus kejayaannya sangat rendah. Ia berakhir dengan tiada simpanan.

Cara yang betul adalah, simpan dahulu baru belanja. Ia bermaksud anda asingkan terus duit yang hendak disimpan itu. Kalau boleh terus buat potongan gaji. Jika anda berjaya lakukan ini pasti anda mempunyai simpanan.

Perkara kedua ialah.. bagaimana untuk maksimumkan keuntungan simpanan?

Rahsianya adalah compounding. Maksudnya jika RM100 dengan kadar keuntungan 10% setahun.

  1. Tahun pertama     RM100
  2. Tahun ke-2             RM100+ (Rm100 x 10%) = RM110
  3. Tahun ke-3             RM110+ (RM110 x 10%) = RM121
  4. dan seterusnya
seterusnya jadual dibawah menunjukkan perbezaan kadar keuntungan bagi simpanan ditempat yang berbeza. Jika anda mempunyai RM1000.

Akaun Simpanan (0.1%)

Tabung haji (5.5%)

ASB (7%)

Public Mutual (12%)

Jumlah Keuntungan

Pilihan 1

RM1000

RM1001

Pilihan 2

RM1000

RM1055

Pilihan 3

RM1000

RM1070

Pilihan 4

RM1000

RM1120

Pilihan 5

100

300

300

300

100.1+316.5

+321+336

=RM1073.6

Selepas satu tahun nilai simpanan/pelaburan anda berjumlah seperti diatas. Pilihan terbaik adalah jangan letakkan ditempat yang sama. Perlu diingat pelaburan di Public Mutual kadar keuntungan boleh mencecah 20% setahun.

Diatas adalah contoh penyata pelaburan unit trust. Perbezaan antara unit trust dan ASB ialah. ASB Harganya tetap dan dapat dividen setahun sekali. Unittrust – selain dapat dividen harganya boleh naik dan turun.

Akan datang aku sambung cerita tentang emas pula dan tambahan tentang unit trust.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*