40% Syarikat Baru Gagal Dalam Setahun Pertama

Menurut majalah SME & Entrepreneurship Jan 2011, Bagi setiap 1000 perniagaan yang baru dibuka 40% akan ditutup dalam setahun yang pertama dan 80% dari yang tinggal dapat bertahan hingga 5 tahun dan hanya 4% daripada yang tinggal dapat bertahan sehingga 10 tahun.

Perkara ini lumrah dalam perniagaan. Tiada pula yang negetif?… tetapi bila ia melibatkan multilevel marketing (MLM) ia menjadi isu yang besar.

Sebab utama mengapa ramai orang ingin memulakan perniagaan ialah kerana inginkan KEBEBASAN, menjadi bos sendiri, bebas membuat keputusan dan bebas menentukan halatuju sendiri. Mereka sanggup meninggalkan kerjaya mereka untuk memulakan perniagaan. Mereka mengambil risiko untuk berjaya. Malangnya pilihan yang mereka lakukan itu tak semudah yang disangka. Dengan kekurangan pengalaman, modal yang dipinjam dari institusi kewangan..tidak ramai yang berjaya tempuhi ulangtahun ke-10 perniagaan mereka.

Untuk sesuatu perniagaan itu berjaya ia bukan disebabkan kisah lama.. kejayaan semalam… walaupun ia perniagaan keluarga.. anda bukannya orang yang menjadikan perniagaan anda hari ini.. anda penentu kejayaan perniagaan anda akan datang.

Jadi, lupakan semalam.. pandang kehadapan.. misi dan visi syarikat menjadi hala tuju perniagaan anda… 2tahun, 5 tahun, 10 tahun..

Langkah terbaik untuk berniaga adalah bermula seawal mungkin.. tetapi malangnya anak muda 20-30 thn biasanya mengatakan mereka terlalu muda untuk berniaga. Bagi mereka yang berumur 30-45thn pula mengatakan..KWSP dah banyak..apa perlu berniaga… bila dah berumur 45 ke atas..mereka mengatakan..sudah terlambat untuk berniaga, badan dah tak kuat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blue Captcha Image
Refresh

*