Ulasan saya: BERSIH

Peristiwa bersih dah berlalu, yang tinggal najis najis kotor oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Baling batu sembunyi tangan. Apa yang aku nampak mengenai Beraih 2 dan 3 ni ialah. Beraih 2.0 semua benda haram sampai baju kuning pun haram, orang yg buat laporan polis menentang nampak banyak, PERKASA duk bising nak buat juga perhimpunan nak lawan, buat mcm mcm provokasi utk halang. Berbeza dengan Bersih 3.0 ni, tak ada halangan sangat cuma minit minit akhir DBKL buat kacau. PERKASA senyap je, walaupun sebelum tu duk buat kecoh, NGO2 melayu takde buat laporan polis sangat pun. Jadi bila bersih berlaku dari pagi sampai pkl 3ptg masih aman dan lepas tu baru kecoh. Persoalannya?
1) adakah PERKASA punya geng yang suka buat kacau ni menyelinap masuk menyamar peserta bersih utk buat provokasi?

2) Siapakah orang2 yang memakai baju merah yang merempuh sekatan polis, kerana walaupun mereka pakai baju mcm unit amal PAS tetapi ada ikat kepala dengan kain merah.

3) Jika Bersih berlaku secara aman, dah tentu rakyat dah tak percaya kepada BN sebab sebelum berlaku bersih diaorang cakap bersih ni mengancam negara, kecoh, ganas, tak bertamadun, merugikan peniaga, takde sambutan dan lain lain.

4) Polis tak bagi masuk dataran tetapi orang yang tak ada kat dataran merdeka pun kena serang dan pukul oleh polis.

Kesimpulannya bagi pandangan peribadi aku, ada unsur provokasi yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu bagi menjadikan seperti yang mereka kata. Tu sebab petang time orang dah nak balik semua benda ni berlaku.

Selepas tu media c.etak dan elektronik mula memainkan peranan mereka bagi mengalihkan 8 tuntutan bersih bagi menambah baik sistem pilihanraya.

Kenapa lelaki BOROI setelah berkahwin??

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Dulu dan sekarang – Kg Ganda.

Hari ni aku berpeluang duduk lama sikit di kg. jadi berpeluang lah pergi berjemaah di masjid disini. Bila duduk berehat rehat menunggu isyak tadi teringat lah zaman kecil dulu. Aku dilahirkan di Kg. Air Ganda Temengor pada tahun 1981… sekarang dah 30 tahun dah.

Tapi umur aku 5 tahun dah pindah ke Penang..ayah bekerja disana. Jadi agak kurang lah mengenali kawan kawan dikampung. Balik pula sekali sekala time cuti sekolah. Dan sekarang orang tuaku dah balik duduk disini tahun 2009.

Kalau dulu waktu aku kecil aku ada peluang ikut abang aku pergi masjid..waktu tu aku kecil lagi kot…mungkin 4 tahun mungkin 5 tahun..kita orang pergi berjalan kaki je… aku tgk dia dgn kwn kwn dia ada belajar mengaji lepas magrib. Budak budak pun memang ramai kat masjid…kira masjid ni port tempat main la… waktu tu masjid ni seingat aku kubah dia pun belum pasang… skg ni masjid dah besar dah…

Tapi apa yang aku nak tekankan ialah…. golongan yang ada di masjid hari ini adalah golongan remaja pada waktu aku kecil dulu. Dan pada hari ini aku dapat melihat sendiri pelapis pelapis akan datang dah tak ada dtg masjid untuk bersolat mahu pun datang bermain. Ibu bapa datang membawa diri mereka sahaja…dah tak bawak anak anak… mula mula aku terfikir mungkin kat kg ni dah tak ada budak sebab semua berhijrah keluar… tapi petang petang ada je aku nampak budak budak ronda ronda naik moto.

Entah la..akan datang agaknya mcm mana lah situasi di masjid? Bila kecil2 tak biasa dengan masjid..bila dah besar entah macam mana lah…takut memikirkannya… mintak jauhkan lah dari aku dan keluarga aku.

 

Bersih 3.0 – Antara punca org masuk dataran merdeka

Punca orang ramai rempuh masuk dataran merdeka

Aku pun tak faham la… bila dah excited sangat inilah jadinya. Rakyat malaysia perlu bijak. jangan ikut saja. Manusia biasa bukannya maksum iaitu bebas dari lakukan dosa dan kesilapan.

Dalam kita memilih pemimpin kita perlu pilih yg lebih baik antara 2. siapa yg lebih baik. bagi saya siapa yg menjaga agama islam lebih baik dari yang menjaga bangsa. kerana bila dia menjaga hubungan dia dengan Allah insyaallah dia boleh menjaga hubungan dia sesama manusia.

 

 

sumbernya: https://www.facebook.com/video/video.php?v=10150984706194606

 

PENJELASAN.

Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran
8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

“Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

KUALA LUMPUR, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

“Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini.

30 APRIL 2012Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran
8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

“Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan timbalannya, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-bloh pro Umno.

“Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

“Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar,” katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

“Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

“Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang,” jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

“Kalau isu masuk ke Datara satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

“Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu,” katanya.

Sumber:Harakahdaily

Muhammad Faiq – hari ke 7 (tahniq)

Cepat betul masa berlalu, Faiq dah 7 hari! Ini bermakna aku dah 7 hari cuti. Alhamdulillah tak seperti waktu Fathiah lahir hari tu. Lahir Isnin, selasa aku cuti untuk selesaikan urusan pendaftaran. Rabu masuk lerja bos bising sebab cuti emergency. Ini antara punca aku berenti YTL.

Hari ni cuti pertabalan Agong tapi klinik buka juga untuk check kuning. Pukul 10 -12 je. Pagi-pagi lagi aku dah keluar kepasar nak cari ikan merah, ayam dan sengkuang cina. Ikan merah untuk wife makan, sengkuang cina org cakap dapat turunkan kandungan kuning tu. Balik tu aku terus pergi klinik. Takde orang lain time aku sampai tu. Aku bawa Fathiah sekali ke klinik hari ni.
image

image

Fathiah dah berani jalan jauh sorang. Nak cari tempat permainan kat dalam klinik ibu dan anak. Klinik tu tutup la nak ooi. Faiq hari ni kandungan billirubin sama mcm semalam 11.5, harap esok start turun. Amin.

Balik klinik aku nak tidur kejap sementara tunggu zohor, tapi malangnya pukul 3ptg baru aku jaga. Pukul empat aku keluar ke pekan kuala kangsar nak beli susu Fathiah 1/2 dozen terus. Esok cadangnya nak balik kg Air Ganda Temengor.

Ingatkan hari ni nak cukur rambut Faiq tapi aku dah keluar la pulak dan kesian la pulak sebab belum beli topi yang kecil sikit untuk dia pakai bila botak nanti. Terlepas la pahala untuk hari ke 7 ni.

Kebetulan malam ni ada kuliah ustaz Sidek Noor kat surau belakang Masjid Ubudiah. So kita orang ramai2 pergi sana.
Sampai sana punya la ramai orang dan suraunya pun dah besar. Terkenang waktu sekolah rendah dulu belajar FarduAin kat situ.

image

image

image

image

image

image

image

Alhamdulillah ustaz meng tahniq Faiq. Tahniq atau belah mulut merupakan satu sunnah.

” Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr
Dari Asma’ binti Abu Bakr -semoga Allah meridhai keduanya- bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalu Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, kemudianbeliau men-tahnik-nya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.
Dalam Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka beliau SAW mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”

Moga Faiq menjadi insan yang beriman dan neramal soleh.

Muhammad Faiq – hari ke 6

image

Faiq ni malam malam mcm tak tidur je. Kejap2 minta susu. Kesian kat uminya. Nasib baik wife tabah orgnya. Aku pulak semalam mmg tak mampu nak buka mata mengantuk sgt. Lepas subuh baru Faiq ni tidur lama sikit. Boleh la umi dia makan, berurut dan mandi. Hari ni hari last urut. Nak bayar berapa kat makcik tu aku pun tak tau. Korang tau ke? Sementara wife tgh urut. Aku kena layan la tuan putri sorang ni main.

image

perkhemahan

Lepas semua selesai, bawak Faiq pergi ke klinik lagi. Kandungan billirubin 11.5. Lepas zohor aku bertolak ke ipoh nak selesaikan urusan maklumat perniagaan kat SSM.image
Balik rumah malam dan melayan anak sorang ni. Selalu kalau aku sembahyang dia duduk depan aku. Ini pakcik dia sembahyang elok pulak ikut belakang.

Muhammad Faiq – hari ke 5

image

hari ni semua dah start kerja. Tinggal kami berempat je la. Nak taknak aku kena belajar dukung Faiq. Lama dah tak dukung baby. Risau pun ada. Lepas semua urusan kat rumah selesai. Pkl 11.30pg mcm biasa akan ke klinik lesihatan padang rengas untuk check kuning. Resultnya 11.1. Nampaknya usaha kurang berjaya untuk menurunkannya. Lps tu tunggu umi atau sesiapa balik kerja. Boleh tinggal Fathiah. Malangnya pkl 2.40 takde sape lagi kat rumah. Terpaksa la aku bawa Fathiah dan tinggal wife dengan Faiq kat rumah. Aku nak buat pendaftaran lahir Faiq dan nak pos FPS Saver kepada customer dan pengedar kat Sabah.

image

Muka nak ikut

Lepas selesai pendaftaran aku cari poslaju dan ABX Express. Punya la susah nak cari. Alamat ada tapi tak wunud pun. No telefon pun takde. Pihak ABX kena cek status agen dia.

Guna ABX ni cepat kalau hantar ke Sabah. Sehari je sampai.
Last sekali aku terpaksa minta maaf la kat ejen aku kat sana Mus Enterprise. Aku hantar guna Nationwide. Khamis baru sampai.

Lepas pos barang ada pula orang call nak tengok rumah sewa. So set utk dia dtg rumah dalam pukuk 8mlm. Malas nak balik Padang Rengas terus peegi Taman Jasa. Kebetulan mak dgn ayah tengah bersiap nak balik Gerik. Dia orang baru balik checkup kat KPJ Ipoh.

image

Fathiah pulak dah penat berurusan dengan ayah dia tertidur terus sampai pkl 8. Pkl 8.30mlm org yang nak sewa tu sampai lepas round tgk rumah dia pun setuju untuk sewa.
Kawasan Taman Jasa ni sewa tak mahal. Pelik pulak aku.
Tapi kira rezeki Faiq la. Kira boleh la nak cover pengasuh dengan lampin dia nanti.

Muhammad Faiq -hari ke 4

image

image

Hari ke empat ni kena pergi cek juga kuningnya. Dah naik jd 9.5.
Harap esok turun.

Muhammad Faiq – hari ke -3

image

Hari ni 7/4/2012 umur faiq 3hari. Seperti biasa hari ni kena pergi check kuning lagi. Kami pergi klinik kesihatan padang rengas bertiga saja. Fathiah tak boleh ikut. Nanti tak terkejar.

Klinik sunyi je. Tak ramai orang pun. Misi yang bertugas pun 2,3 org je. Kesian juga tgk diaorang kena kerja hari sabtu. Orang lain kebanyakan cuti sabtu minggu pertama. Esok pun buka juga.

Industri kesihatan ni bukan boleh cuti2, sakit or demam tak boleh diduga.

Alhamdulillah Faiq sihat, tak demam cuma kandungan billirubin dia meningkat sedikit. Harap esok menurun.

Muhammad Faiq – Hari kedua

image

Selamat datang ke rumah atok dan opah. Hari ni Faiq dah boleh keluar hospital. Semoga Faiq sihat walafiat.

Hari ni bangun pagi dengan penuh kesegaran. Lepas solat subuh di musolla aku baca Yassin. Amalan membaca Yassin setiap hari ni aku mula amalkan lepas kawin dulu. Degan harapan Allah memberi kemudahan dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah.
Tapi lebih elok tambah baca surah al kahfi hari jumaat ni. Hari ni For sure la aku cuti. Jadi aku kena la jaga anak sulung aku tu. Orang lain sebuk nak pergi kerja. Maka tinggallah aku dengan Fathiah dirumah + adik ipar yang masih cuti. Dia pun sebuk nak pergi interview.

Pukul 9.30 aku bawa Fathiah pergi hospital untuk jumpa ummi dan adik dia. Hari ni nampaknya dia jelous tengok afa org lain sebelah ummi dia. Tak tau la mcm mana hari yang mendatang.
.
Insyaallah ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This site is protected by Comment SPAM Wiper.